menyapa awan
melawan angin
mengapai matahari.
angan ku untuk terbang tinggi
angin menyentuh kulit ku
deruannya kua di telinga ku
nyaman.
angan ku
hanyalah angan-angan semata
kerna patahnya sayapku
hampa.
semua yang di harap
hancur berderai
semua yang di inginkan
tinggal sahaja.
aku tidak lagi mampu berangan
kerana tak mungkin ku mampu untuk terbang
pabila patahnya sayap ku ini.
sayap ku umpama nadi hidup ku.
jantung ku
nyawa ku
tanpa nya
apa lah aku.
patahnya sayap ku.
hilang lah arah ku.
ke mana untuk ku harap kan.
pada apa hendak ku sandarkan.
terkapai
tersadai
terbiar
di sini.
tanpa sepasang sayap
yang mampu menyemai jiwaku
dengan kebahagian dan kesenangan.
"sayapku hati ku, sayapku jantungku, sayap ku nadi ku, sayapku perasaan ku terhadapmu"
No comments:
Post a Comment